Selepas bersara Andreas_Möller

Pada Jun 2007, beliau memulakan kariernya sebagai jurulatih di kelab Viktoria Aschaffenburg yang beraksi di Oberliga Hessen. Dari tahun 2008 hingga 2011, beliau menjadi pengarah sukan bagi kelab Kickers Offenbach.

Möller tampil dalam permainan video EA Sports', FIFA. Beliau menjadi kulit permainan video FIFA 98 edisi Jerman.[1]

Pada 20 Oktober 2015, Möller diberi jawatan sebagai pembantu jurulatih bagi pasukan kebangsaan Hungary. Di sini, beliau menjadi pembantu Bernd Storck. Mereka beraksi bersama-sama ketika di Borussia Dortmund pada musim 1988-89.